ALHAMDULILLAH, PUNCAK ALAM MEMPUNYAI TANAH PERKUBURAN YANG BARU

Assalamu’alaikum wbt.

Utk makluman,
Inn Shaa Allah, tanah perkuburan PA dibawah pengurusan masjid puncak alam seluas 7 ekar telah siap dan boleh digunakan sebahagian daripadanya dipertengahan bulan Julai ini (Julai 2019).

Segala urusan pengkebumian ahli khariah Surau Al Muqarrabin termasuk didalam 16 senarai surau dibawah masjid puncak alam akan menggunakan tapak perkuburan tersebut.

Kepada khariah samada ahli atau bukan ahli Badan khairat kematian Al Muqarrbin hendaklah memaklumkan dengan kadar segera kepada AJK khairat yg telah dilantik bagi fasa masing2.

Wakil khairat@surau yg akan buat lapuran kepada pihak masjid atau pegawai urusan jenazah masjid.

Mohon khariah tidak terus lapur kepada pihak masjid.
Ini adalah utk memudahkan proses yang akan dibuat oleh pihak masjid dan Badan Khairat kematian.

Kerjasama semua amat diharapkan agar pihak pengurusan jenazah masjid dapat berjalan dgn lancar.

Wassalam.

Lokasi